SUKI-YA japan restaurant pavillion kuala lumpur


Assalamualaikum. 
Alhamdulillah dah dua minggu selamat dipermudahkan segala pendaftaran dan kelas untuk sem 3. Pejam celik pejam celik dah dah masuk tahun kedua. 

Cerita nya sekarang minggu ni cuti raya cina and semalam weolls dapat jumpa member matrik dulu hehe. Dah kalau jodoh tu kuat , tak rancang pun tiba tiba dapat tau kawan kau ade kaf tbs nak balik pahang. Kebetulan aku yg dari melaka pun dh nak sampai tbs masa tu. Si faqiha pulak gigih dari unikl turun tbs semata mata nak jumpa. Padahal berapa minit je sebab tiket dak kiah tu pukul 11.30 pagi. Dapat la borak kejap , teman dorang lunch. 

Jadi lepas masing masing dah balik. Aku dengan faqiha ni gigih menapak ke pavilion semata mata nak makan sampai terburai isi perut. Hahaha aduh lawak, tapi serious lah puas yang teramat. Harga pun agak berbaloi dengan ape yang disediakan. Lagi lagi sushi lovers kau makan la semua jeniss berapa banyak pun takde hal. Siap ade aiskrim choc dengan green tea. Omnomnomnom * usap perut *


Ok, before kau start dia akan tanya jenis kuah yang kau nak. Dia ade 4 pilihan, aku ambik yang kimchi (pedas) yg warna orange tu. Then lagi satu kuah hitam tu rasa dia manis , tak ingat pulak namanya. Hehe. Ok, next step is dia akan tanya jenis daging ape kita nak. Ada chicken , lamb and beef. For sure lah kitorang pilih tiga tiga. Kalau tak rugi la tak rasa semua hahaha daguing slice tu, kita celurkan dalam kuah tu dalam berapa saat je then bila makan tu dia punya sedap rasa manis rasa ape semua ade macam mencair dalam mulut. Ya Allah nikmat dunia betul hahaha aigoo. Oh yaa , korang boleh makan berapa banyak tapi pastikan habiskan semua kalay tak kena charge untuk setiap 0.5 gram kalau tak silap and dia bagi tempoh masa makan dalam 2 jam. Melampau lah ek kalau lebih dua jam kau nak lepak situ, orang lain pun nak makan hee. Ok la, itu je nak kongsi , layan je la sikit gamba gamba kat bawah ni yaa. Byee ! 








Seol garden


Assalamualaikum and hye. 
Gamba ni first time aku makan kat seol garden. Bulan 10 2015 rasanya. Itupun dak syafiq yang belanja aku. Kitorang pergi sini sebab nak celebrate birthday adam, konon nak buat suprise gitu haha. Syafiq yang baju merah. Alan pulak yang depan sekali baju purple. Dia belanja birthday boy dengan aimi. Hee. Diorang semua kawan matrik tapi semua kat utem and aku sorang tercampak kat kuim 😂 masa kat matrik tak rapat pun tak tau lah kenapa chemistry dak kmj ni kuat sangat sampai boleh lepak sesama sampai sekarang. 

Actually tu bukan main point sekarang ni.  Aku nak cerita pasal plan nak g makan seol garden dengan geng dak matrik jugak tapi dengan syaza , kila , nad and adira. first week sem baru obviously aku takde kelas and diorang pulak tengah cuti sem degree. So sebelum ni memang dah rancang. Tapi syaza bagitau parent dia takleh hantar hari minggu so cuma boleh hari sabtu atau ahad which mean aku taknak weekend !!! Sesak lahh. Hm lepastu macam macam hal sebenarnya. Tak tau ape hikmah semua ni 😂 apepun kita cuma merancang dan Allah yang menentukan. Nanti dah ade rezeki dapat lah makan seol garden tu. INSYAALLAH AAMIIN ! 

Hello 2016 ! I'm back 🎉

Assalamualaikum 😉


Ola ! Kesian blog ni dah mereput ditinggalkan. Last updated adalah tahun 2011 which is hampir 6 tahun berlalu. Tu jugak membuktikan aku dah makin tua 😂 Bila terdetik hati ni nak bukak balik and baca post lama. Aduhhh memalukan 🙈🙈🙈 
       Sekarang aku belajar di KUIM (Kolej Universiti Islam Melaka) , nama je Melaka tapi masyaAllah!!! Kenapa lahh kat ceruk. First day datang untuk pendaftaran pun dah rasa menyesal. 100% peratus tak boleh nak terima suasana baru, tempat baru. Untuk pengetahuan , before aku sambung pengajian dekat kuim untuk ijazah sarjana muda, aku graduated dari kolej Matrikulasi Johor, tangkak kos perakaunan. Allah lebih mengetahui dan dia sebaik-baik perancang, aku yakin ade hikmah di sebalik yang terjadi. Aku redha belajar di kuim dan nekad untuk dapatkan keputusan cemerlang setiap sem. Oh ok, lupa nak bagitau. Di kuim aku mengambil kos Pengurusan dan pembangunan islam. Nampak biasa ke ? Tapi siapa kata senang? Takde ape yang senang melainkan kita sendiri usaha bersungguh-sungguh. Susah ok 😱 ingat senang ke nak fahamkan ilmu dunia dan akhirat dalam satu masa. 

Esok 24 januari 2016, aku akan mendaftar untuk sem ke tiga. Moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Barang pun tak kemas lagi 😂 jap lagi dah nak bertolak mula la nak tension mengelabah tak tentu pasal barang tak siap lagi haha. Ok lah, inshaAllah akan update lagi next post. Makin dah tua ni masa makin mencemburui kita 😜 thanks for spending your time to read this. Daa ~~