Hello 2016 ! I'm back 🎉

Assalamualaikum 😉


Ola ! Kesian blog ni dah mereput ditinggalkan. Last updated adalah tahun 2011 which is hampir 6 tahun berlalu. Tu jugak membuktikan aku dah makin tua 😂 Bila terdetik hati ni nak bukak balik and baca post lama. Aduhhh memalukan 🙈🙈🙈 
       Sekarang aku belajar di KUIM (Kolej Universiti Islam Melaka) , nama je Melaka tapi masyaAllah!!! Kenapa lahh kat ceruk. First day datang untuk pendaftaran pun dah rasa menyesal. 100% peratus tak boleh nak terima suasana baru, tempat baru. Untuk pengetahuan , before aku sambung pengajian dekat kuim untuk ijazah sarjana muda, aku graduated dari kolej Matrikulasi Johor, tangkak kos perakaunan. Allah lebih mengetahui dan dia sebaik-baik perancang, aku yakin ade hikmah di sebalik yang terjadi. Aku redha belajar di kuim dan nekad untuk dapatkan keputusan cemerlang setiap sem. Oh ok, lupa nak bagitau. Di kuim aku mengambil kos Pengurusan dan pembangunan islam. Nampak biasa ke ? Tapi siapa kata senang? Takde ape yang senang melainkan kita sendiri usaha bersungguh-sungguh. Susah ok 😱 ingat senang ke nak fahamkan ilmu dunia dan akhirat dalam satu masa. 

Esok 24 januari 2016, aku akan mendaftar untuk sem ke tiga. Moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Barang pun tak kemas lagi 😂 jap lagi dah nak bertolak mula la nak tension mengelabah tak tentu pasal barang tak siap lagi haha. Ok lah, inshaAllah akan update lagi next post. Makin dah tua ni masa makin mencemburui kita 😜 thanks for spending your time to read this. Daa ~~

0 orang memberi comment:

Post a Comment