Seol garden


Assalamualaikum and hye. 
Gamba ni first time aku makan kat seol garden. Bulan 10 2015 rasanya. Itupun dak syafiq yang belanja aku. Kitorang pergi sini sebab nak celebrate birthday adam, konon nak buat suprise gitu haha. Syafiq yang baju merah. Alan pulak yang depan sekali baju purple. Dia belanja birthday boy dengan aimi. Hee. Diorang semua kawan matrik tapi semua kat utem and aku sorang tercampak kat kuim 😂 masa kat matrik tak rapat pun tak tau lah kenapa chemistry dak kmj ni kuat sangat sampai boleh lepak sesama sampai sekarang. 

Actually tu bukan main point sekarang ni.  Aku nak cerita pasal plan nak g makan seol garden dengan geng dak matrik jugak tapi dengan syaza , kila , nad and adira. first week sem baru obviously aku takde kelas and diorang pulak tengah cuti sem degree. So sebelum ni memang dah rancang. Tapi syaza bagitau parent dia takleh hantar hari minggu so cuma boleh hari sabtu atau ahad which mean aku taknak weekend !!! Sesak lahh. Hm lepastu macam macam hal sebenarnya. Tak tau ape hikmah semua ni 😂 apepun kita cuma merancang dan Allah yang menentukan. Nanti dah ade rezeki dapat lah makan seol garden tu. INSYAALLAH AAMIIN ! 

Hello 2016 ! I'm back 🎉

Assalamualaikum 😉


Ola ! Kesian blog ni dah mereput ditinggalkan. Last updated adalah tahun 2011 which is hampir 6 tahun berlalu. Tu jugak membuktikan aku dah makin tua 😂 Bila terdetik hati ni nak bukak balik and baca post lama. Aduhhh memalukan 🙈🙈🙈 
       Sekarang aku belajar di KUIM (Kolej Universiti Islam Melaka) , nama je Melaka tapi masyaAllah!!! Kenapa lahh kat ceruk. First day datang untuk pendaftaran pun dah rasa menyesal. 100% peratus tak boleh nak terima suasana baru, tempat baru. Untuk pengetahuan , before aku sambung pengajian dekat kuim untuk ijazah sarjana muda, aku graduated dari kolej Matrikulasi Johor, tangkak kos perakaunan. Allah lebih mengetahui dan dia sebaik-baik perancang, aku yakin ade hikmah di sebalik yang terjadi. Aku redha belajar di kuim dan nekad untuk dapatkan keputusan cemerlang setiap sem. Oh ok, lupa nak bagitau. Di kuim aku mengambil kos Pengurusan dan pembangunan islam. Nampak biasa ke ? Tapi siapa kata senang? Takde ape yang senang melainkan kita sendiri usaha bersungguh-sungguh. Susah ok 😱 ingat senang ke nak fahamkan ilmu dunia dan akhirat dalam satu masa. 

Esok 24 januari 2016, aku akan mendaftar untuk sem ke tiga. Moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Barang pun tak kemas lagi 😂 jap lagi dah nak bertolak mula la nak tension mengelabah tak tentu pasal barang tak siap lagi haha. Ok lah, inshaAllah akan update lagi next post. Makin dah tua ni masa makin mencemburui kita 😜 thanks for spending your time to read this. Daa ~~